Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembuka nukilan Zira untuk hari yang teramat bermakna bagi Zira dan keluarga Zira :)
Pada pukul 6:30 pagi pada 11 Januari 1999 , seorang bayi telah dilahirkan dengan keadaan Alhamdulillah sihat walafiat seluruh tubuh. dengan berat 2.5 kg , bayi tersebut diberi nama Siti Fatima Azira oleh ibu bapanya yang menyambutnya dengan tangisan kegembiraan tak terkata.Setelah menyiapkan beberapa dokumen yang memerlukan tandatangan ibu bapanya , bayi tersebut dibawa pulang ke Taman Li Hua, Bintulu, Sarawak. Seorang kakak dan 3 orang abang bayi tersebut telah menunggu kedatangan si bayi apabila ayahnya memberitahu bahawa ibu mereka melahirkan seorang bayi perempuan, walaupun apabila bulan ke 6 kandungan tersebut telah di-scan dan doktor memaklumkan bahawa bayi tersebut adalah lelaki, doa si Ibu telah dimakbulkan untuk mendapat bayi perempuan.
Pada hari ini, bertentangan dengan peristiwa pada tahun 1999, bayi yang diberi nama Siti Fatima Azira telah membesar menjadi seorang remaja yang berimpian untuk meneruskan pelajarannya ke China. Dia telah mengalirkan air mata untuk keluarganya. Telefonnya berdering kerana kawan-kawannya tidak putus mengucapkan hari lahir untuknya. Oleh kerana 4 orang adik beradiknya tidak berkumpul, hanya panggilan telefon boleh mengubat rasa rindunya pada mereka.
Walaupun di label sebagai pemberontak muda, Zira tetap mempertengahkan perasaan setiap manusia yang Zira kenali. Walaupun hidup cuma sementara , Zira mempunyai setiap hak untuk menjalani hidup sebagai mausia biasa. Janganlah menilai dari rupa. Selamat Hari Lahir Siti Fatima Azira, dan Syukur Alhamdulillah kerana Ibu Zira masih berpeluang untuk melihat Zira membesar seperti remaja yang lain :)



No comments:
Post a Comment